Top Social

Personal & Lifestyle

Blogger Challenge #5 | A Letter to Someone

Blogger Challenge #5 | A Letter to Someone

Assalamu’alaikum, Annyeong!

Challenge masih belum habis, baru yang ke-5. A Letter to Someone … Surat Untuk Seseorang. Untuk siapa patut aku utuskan?
Boleh aku pilih untuk siapa?
*garu dagu, garu muka… okay, kemprohnya Ct haha*
Untuk siapa…
Untuk Aku.
For the future me… Seketul Cik Ct a.k.a Cik Roxa pada masa hadapan. The next 5 years me, might be.
Insya-Allah, andai dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, aku yang akan datang boleh baca apa yang aku yang sekarang ingin dedikasikan buat diriku pada masa hadapan.

Buat Cik Ct // Roxa…
Hi, how are you?
I hope you are fine, Ct Roxalynna NH yang dah berusia 30-an pada waktu kau baca surat ni... Sihat dan baik-baik sahaja dan moga dapatlah kau baca surat ni dalam suasana yang kau tenang, happy dan bahagia dengan pencapaian hidupmu nanti.
Ct,
Dah banyak kau lalui dalam hidup ni. Ketahuilah, kau kuat sebenarnya, Ct. Banyak yang kau dah tempuhi, sama ada waktu kau getir mahupun waktu gembira.
Ada yang cakap kau lembik, tapi itu yang buat kau kuat. Ada yang cakap begitu, sebab nak kau lebih kuat hadapi cabaran hidup yang bermacam ragam, ada juga yang memang nak mengecam. Tapi aku rasa waktu kau baca surat ini, kau dah arif tentang semua tu.

Kau bijak nak membezakan situasi dan perangai orang serba sedikit, yang perlu kau hadapi atau yang mana kau perlu tinggalkan sahaja.
Kalau tak, kau takkan ada di sini. Di tempat dan pada pencapaian kau sekarang.
Ct, ingatlah…
Walau di tahap mana kau berada sekarang, jangan kau lupa perkara-perkara ni dalam hidup kau…
-       Pertama, Allah, Rasul (Rukun Iman & Islam) serta… keluarga dan kawan-kawan yang bagaikan keluarga yang yang sentiasa ada dan menyokong kau dalam perkara yang baik.

Jangan kau lupakan kasih sayang, pengorbanan serta keringat dan doa yang dihulurkan bagi membantu kau untuk capai apa yang kau dapat sekarang. Tanpa kiriman Tuhan yang amat berharga ini, kau bukan sesiapa, Ct.

-        Kedua, jangan sombong dan angkuh. Walau di tahap mana pun kau berada masa tu. Ingat, orang boleh lupakan 1001 kebaikan yang dibuat dengan hanya satu kejahatan je yang kita buat.

Tapi janganlah kau balas kejahatan itu dengan kejahatan… Janganlah kau merendahkan mereka yang berpangkat lebih rendah dan terlalu mengagungkan mereka yang lebih tinggi pangkatnya.

Ingat…

Di sisi Tuhan, nilai dirimu dipandang dari segi hati, akhlak dan amal ibadahmu, Ct. Seberapa tua pun usia kau nanti, ingatlah ‘amar ma’ruf, nahi mungkar’ yang pernah kau tanamkan dalam hati kau yang penuh dengan semangat jihad dulu…

-       Ketiga, ingat jasa baik orang kat kita walau sebesar zarah sekalipun. Andai tak dapat dibalas dengan wang ringgit, doakan yang terbaik buat mereka.

Dan bagi orang yang berbuat tidak baik pada kau, maafkanlah mereka sebolehnya dan doakanlah mereka boleh berubah menjadi baik. Mereka sedang terleka.

Tetapi seandainya mereka menzalimi kau dalam keadaan yang tak boleh dimaafkan, aku tahu Ct, kau akan pertahankan apa yang kau rasa kau perlu pertahankan dan takkan terus biarkan diri kau disakiti.

Kau masih tahu dan sedar, kau tak mahu terus dilukai… oleh orang yang tidak tahu harga diri kau yang sebenar. Kau pun berhak bahagia, Ct… Dalam cara kau yang tersendiri. Sentiasa sediakan payung sebelum hujan.

-       Keempat, bahagiakanlah juga ahli keluarga serta mereka yang pernah berjasa buat kau. Ct yang 30-an pasti tahu dan arif apa yang perlu dilakukan berbanding Ct yang berusia 20-an ini.
-       Kelima, sentiasa ingat asal usulmu dan cara kau dibesarkan serta apa pengajaran, pengalaman dan pembelajaran yang telah kau lalui, Ct.

Jadikan yang baik itu sebagai ikutan dan yang buruk itu sebagai tauladan serta pengajaran…

Jadikan yang baik itu sebagai ikutan dan yang buruk itu sebagai tauladan serta pengajaran…
Sentiasa ingat tu Ct… kadangkala kita kena ingat juga salah silap kita yang dulu untuk menjadikan perbandingan dengan hidupmu yang sekarang dalam istilah perbandingan yang baik. Bukan untuk mencemuh dirimu dan orang lain.

Ingat apa yang mak dan abah serta abang dan kakak kau serta guru-gurumu sentiasa berpesan untuk kebaikan kau juga, Ct. Demi membentuk dirimu menjadi muslimah yang mukminah. Demi menuju kebaikan dunia dan akhirah.
Seteruk dan sepahit mana pun hakikat hidup kau, percayalah Allah sentiasa ada bersamamu. Kau lahir dengan membawa fitrah seorang manusia, hamba yang harus menjalani kehidupan sebaik-baiknya demi husnul khatimah dan pengadilan di akhirat sana.
Bersabarlah dikau wahai Ct dalam menempuhi apa pun kepayahan hidup ni… Itu ujian tanda sayangnya DIA ingin supaya kau ‘bersenang-lenang’ di ‘sana’… Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Dalam yang pahit ada yang manisnya juga, bukan? Allah itu Maha ‘Adil J
Sampai di sini sahaja Ct… All the best in your future.
Insya-Allah. Man jadda wa jada, Wa man zaro’a hasoda…
Siapa berusaha, dia berjaya. Siapa menanam, dia yang menuai hasilnya...

Moga kita sama-sama dalam rahmat-NYA. J

11 comments on "Blogger Challenge #5 | A Letter to Someone"
  1. Ada kalanya kita terasa macam down sangat dengan orang sekeliling. Tapi kita kena kuat jangan terlalu ikutkan perasaan. Kalau tak hehe tau ajelah bahananya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sis... bila non-stop diasak negativiti, kita akan down juga lama2. tapi jangan terlalu lama bersedih.. harap2 kita sentiasa diberi kekuatan untuk mengubah yg negatif itu jadi positif. Insya-Allah :)

      Delete
  2. terasa pesanan dan surat disampaikan menusuk di hati..hopefully saya pun dapat hadam setiap nasihat yang diberi untuk si dia di masa depan.all the best Ct..May Allah bless you :D

    ReplyDelete
  3. all the best in future CT :)

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  5. Aamiin =)
    Terima kasih acik Fuzy.
    Semoga doa yang sama lagi baik ini berbalik semula dgn penuh hikmah ke acik Fuzy juga ya :)

    ReplyDelete

❤ Terima kasih sudi komen. Harap dapat beri komen suci murni ya. ❤

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9

Follow by Email

Post Signature

Post Signature