K-Drama | My Only Love Song (2017) ; Gandingan Lee Jong Hyun CNBLUE dan Gong Seung Yeon
Sabtu, September 16, 2017
Assalamualaikum, 안녕하세요! :)
Hai semua ! Rasanya dah agak lama Ct tak share apa-apa tentang K-drama lately kan?
Haaa, ini ada drama terbaru tahun 2017 daripada rangkaian televisyen online, Netflix!
Akhirnya, daripada rancangan realiti berkisarkan virtual married couple tu, mereka berdua, Lee Jong-hyun dan Gong Seung-yeon disatukan pula sebagai teraju utama dalam My Only Love Song (MOLS).
02 Couple (Sebutan : Gong-Lee Couple)
K-Drama | My Only Love Song (2017)
Jom cikidout! Check it out hehehe~
SINOPSIS :
Song Soo-Jung (Gong Seung-Yeon) is a top star and she is very arrogant. She classifies people by how much money they have. Suddenly, she goes back in time to the Goryeo era and meets On Dal (Lee Jong-Hyun). He will do anything to make money, but in fact he is generous to the weak and poor. (Sumber : AsianWiki)
Episodes : 20 (around 30 mins each episode)
Cast
- Lee Jong-Hyun - On Dal, 24 y/o, seems to be a fraud man but he's a hidden royal-blood (Real general-line)
- Gong Seung-Yeon - Song Soo-Jung, 26 y/o Korean top actress
- Lee Jae-Jin - Byun Sam-Yong (Song Soo-Jung's manager), 21 y/o
- Kim Yeon-Seo - Princess Pyunggang
- Ahn Bo-Hyun - Moo-Myung (Princess's bodyguard)
- Park Joo-Hyung - Go Il-Yong, narcissist 'flower-boy-alike' general
- Lee Cheol-Min - movie director (present) / magistrate (Goryeo era)
- Lee Yong-Jik - King Pyungwon (past) / Soo-Jung's CEO (present)
- Kim Jung-Pal - government official
- Kim Chae-Eun - Mi-Jin (present; Soo-Jung's rival) / Hwa-Hong (past ; a gisaeng)
- Choi Jong-Hoon - Bong Soo-Hyuk (cameo ; Soo-Jung's chaebol boyfriend)
(Sumber : AsianWiki)
ULASAN Cik Ct :
- AMARAN Spoiler Alert! -
My Only Love Song (MOLS), drama berjumlah 20 episod ini dimulakan dengan pengenalan kepada watak Song Soo-Jeong, seorang pelakon wanita top di Korea Selatan yang berasal daripada Busan. Tapi sayangnya dia ni angkuh dan sombong sangat sangat. Yalah, sebab dah pegang title 'top star' kan. Dia memandang orang berdasarkan pangkat dan kekayaan. Mulutnya boleh tahan laser dengan 'yok' (sumpah seranah). Haha, yang ni siapa tengok, boleh tahu lah sikit2 curse words in Korean. (tipu je.. part curse tu censored! Heee)
Yalah, dia kan top star. Semua orang kena turut cakap dia...
Awal cerita, Soo-jung ni tengah berlakon di set penggambaran Sageuk drama (drama bertema klasik / sejarah) pada zaman Dinasti Goryeo. Dalam tu, SSJ berlakon sebagai Puteri Pyeong-gang, puteri yang menentang arahan ayahandanya untuk mengahwini Jeneral Go, sebab dia nak kahwin dengan On-dal, pemuda biasa yang selalu ayahandanya ceritakan sangat hebat sejak dia masih kecil.
Then...
Babak awal ni dikejutkan dengan plot twist, skrip drama tu diubah, tiba-tiba je Puteri Pyunggang ada rival, iaitu adik tiri yang akan berebutkan On-dal dalam drama tu. Tak disangka-sangka, Mi-jin, pelakon perempuan yang jadi rival dia dalam drama tu adalah pesaing dan perampas kekasih Song Soo-jung, Bong Soo-hyuk (Choi Jong-hoon FT ISLAND) dalam dunia nyata.
Kecewa dengan kejutan tu, Soo-Jung pun sempat 'flying kick' her rival tu..hahaha, ya dia memang agak brutal, tapi masih boleh ditonton bagi remaja 15 tahun ke bawah dengan bimbingan orang dewasa kerana adegan itu adalah dalam bentuk humor.
Song Soo-jung gegas beredar dari set penggambaran tu tepat bila media nak dapatkan berita tentang kekasih dia, Bong Soo-hyuk si chaebol yang dah bertunang dan bakal berkahwin dengan 'rival' dia si Mi-jin..
--- Tapi yang buat aku terkejut bukannya kejutan dengan munculnya watak rival ni, dekat sini, paparan lakonan dan peralihan jalan cerita ada yang agak 'cringe' sebab janggal untuk aku... namun dengan perwatakan SSJ yang dibawakan GSY dalam tu cukup menjadi. She nailed the character very well!
fiuuuu, hilang terus imej2 ayu dan lemah lembut, imej yang dibawa GSY selama ni lebih-lebih lagi dari imej yang dia pernah tampilkan dalam WGM.. Tang ni aku salute kat GSY berani mengubah perspektif aku tentang dia. Imej perempuan 'ganas' a.k.a 'brutal' dan 'degil' tu menjadi ! ^^
Okay balik kepada plot drama MOLS.
Masa nak lari dari wartawan tu, Soo-jung nak tak nak, terpaksa naik satu van yang sangat comel, namanya Boong-Boong... Nama van tu pun comel ahaha. Kwiyowo.
Sebab manager dia si Sam-yong dah kunci van company diorang, terpaksalah Soo-jung lari dari situasi kelam-kabut itu dengan drive sang comel Boong-Boong. Dengan hanya follow GPS BoongBoong tu... Drive dan drive sampai ke malam.. Dia pun dah menguap, mengantuk. Masa ni tiba-tiba je dia masuk satu jalan terpencil and jalan tu dipenuhi kabus...
Masa ni lah ada time travel berlaku, Soo-jeong kembali ke zaman Goryeo tepat ke zaman On-Dal yang sebenar-benarnya. *, time slip! - term yang SSJ gunakan dalam cerita ni*
Beberapa insiden pelik tapi melucukan berlaku selepas itu.
Time slip to Goryeo era, 6th year of King Pyungwon's reign.
Kerana satu kemalangan, Song Soo-Jung dipenjarakan. Dalam penjara zaman Joseon inilah dia jumpa On-Dal, yang kemudiannya dia gelar On-Dal Babo ( The Fool On-Dal)...
On-Dal, pemuda yang awalnya sering dilihat sebagai seorang yang sanggup buat apa sahaja demi dapatkan duit/ barangan berharga. First impression On-dal ni kat mata SSJ (and aku jugak as penonton) yang OD ni 'kesian' sebab dia gilakan duit tapi masih hidup susah hahaa. Pantang nampak barang2 yang bersinar sikit, mesti mata dia keluar nilai2 duit yang boleh dapat dari barang2an tu... Hahaha, lagi2 masa dia 'tergoda' tengok barang2 yang Soo-jung pakai dan bila naik Boong2 tu... LJH oppa betul2 menjadi lah lawak dia dalam membawa watak On-Dal ni... Sengal-sengal alang gitu, heee.
On-dal ni nampak je macam pentingkan diri sendiri dan gila duit, tapi ada sebabnya dia jadi begitu... Hehe, tak bolehlah cerita spoil habis kan. Apa yang boleh dikatakan, watak On-dal ni sebenarnya sangat baik & murah hati, lebih-lebih lagi dalam membantu orang susah. Dekat sini, memang terpaut jugalah dengan watak On-dal.
On Dal versi awal drama, dikira macam Robinhood versi Goryeo.
Akhirnya ditampilkan sisi lakonan baru juga daripada LJH oppa! Dapatlah tengok dia berambut panjang sekali lagi, tapi in Goryeo style~ (instead of the last time in Orange Marmalade, he was in Joseon style)
![]() |
| 'Dal' bermaksud 'Bulan'. Sebab itu ada simbol bulan di pedang On-Dal |
| Bukan lagi On-Dal babo, tapi On-Dal Jang-geun |
![]() |
| Para pelakon utama My Only Love Song. Comel yang jadi Pyeong-gang Gongju-nim ni~~ ^_^ |
Back to the story...
Pelbagai insiden mereka hadapi bersama, termasuk dengan Sam-yong (manager SSJ), Puteri Pyung-gang yang sebenar pada zaman Goryeo tu, dan juga dengan Moo-myung, pakar pedang terhandal; merangkap bodyguard Tuan Puteri Pyung-gang yang sebenar.
Hingga akhirnya Song Soo-jung jatuh hati kat On-Dal dan mereka sama-sama dengan Sam-yong menyelamatkan Puteri Pyung-gang daripada terjerat dalam perkahwinan dengan General Go Il-yong.
Hingga akhirnya Song Soo-jung jatuh hati kat On-Dal dan mereka sama-sama dengan Sam-yong menyelamatkan Puteri Pyung-gang daripada terjerat dalam perkahwinan dengan General Go Il-yong.
Dapat dikonklusikan yang My Only Love Song ni merujuk kepada 'SONG Soo-jung' yang merupakan cinta sejati kepada On-Dal. Awal-awal, kuingatkan cerita ni nak ceritakan berunsur lagu cinta, merujuk kepada perkataan 'Love Song' kat tajuk tu..
Rupa-rupanya, Song tu ialah Song Soo-jung...
Puteri Pyung-gang pun bertemu cinta sejati dia dengan pertolongan On-dal dan Sam-yong. Dekat sini, memang nampak sangatlah banyak bahagian yang ada 'altered' dari sejarah sebenar, tetapi itulah yang menjadi perencah cukup rasa buat drama ni. :)
Rumusan terakhir, cerita ni kelakar dan santai. Banyak sangat adegan yang macam ehh ehh kelakar ada, sengal ada, sedih pun ada.
Ada beberapa babak macam tak logik dengan zaman sageuk, tapi dah namanya cerita fiksyen rom-com kan, sooo boleh lah haha. Memang banyak 'sejarah tepi rekaan' dan adegan-adegan mencuit hati lagi menggeletek limfa haha.
Untuk tontonan santai-santai nak genre ringan, Ct syorkan tengok cerita ni. Sesuai untuk penonton yang nak tonton drama yang tak berat, 'light' sahaja aliran genre yang dihidangkan di dalam drama ini.
Tetapi...
Adalah diingatkan, andai ada anak remaja bawah 15 tahun nak tengok, digalakkan untuk mendapatkan bimbingan ibu bapa ataupun orang dewasa ya. Dah namanya drama Korea, pasti ada babak-babak 'st**** itu' sedikit walaupun penuh gila-gilanya.
Pengakhiran drama ni, memuaskan hati. Plothole dapat ditutup dengan kemas dan masing-masing ada ending yang terbaik untuk watak diorang. Heehee.
Oklah, sekian itu sahaja ulasan drama Korea Ct kali ini. Maaf kalau banyak meleweh dan meleret ya. Saya baru belajar menulis review drama hehe. Cuba untuk santai, tapi entahlah...
Sorry ye kalau ulasan Ct agak membosankan atau memeningkan. Heee
OST (Official Sound Track) | My Only Love Song
Lagu pembukaan.
Lee Ki-Chan | Only One
Ost. Opening My Only Love Song
Tapi lagu2 OST nya ada satu yang best yang bolehlah buat Daku 'fefeeling' sesikit percintaan yang ada dalam drama ni.. Nyanyian Yuna AOA.
Nampaknya kuat pengaruh FNC Entertainment dalam produksi drama ni. Ramai artis-artis FNC Ent. terlibat dalam produksi drama ni.
"Another You" by Yuna of AOA
Last but not the least....
SF9 Jaeyoon (재윤) | Thank You, My Love (고마운 내 사랑)
Hahahaha dengan dengar lagu ni so goodbye baii baii nae sarang (lirik dia hahahaha)~~~
Okay tu ajelah yang dapat Ct sharekan setakat ni... OST yang lain2 mungkin korang boleh buat carian di Youtube ~^^
Next, Ct mungkin nak terjah drama terbaru lakonan LJH oppa, 란제리 소녀시대 (Girls' Generation 1979) pulak!
Mungkin dah tayang kat KBS World ke belum ek drama ni?
-- Dah tengok gambar poster dari Instagram Lee Jong-Hyun ! (@cnbluegt) --

Apa2pun enjoice~~~ Annyeong ! ^^
Circle - Two Worlds Connected (써클: 이어진 두 세계) [K-Drama 2017 | Synopsis, Cast & Trivia]
Khamis, Jun 01, 2017
Assalamualaikum !! Salam Sejahtera~ 안녕하세요! :)
Hehehe, it's been a while . Oraen-manhi daiii~ *lambai2* sambil...
*trying aegyo* - sounds to look cute but rasanya macam nak kena sepak lelaju hahahaha.
Okay, currently Cik Ct tengah agak 'gila' dengan beberapa drama Korea terbaru yang sedang ditayangkan di Korea Selatan. Tak kira yang ada tayang kat TV atau yang kita dapat tengok online sahaja. Semua Ct bedal yang mana kena pada citarasa Ct nak tengok. hehe. Kalau tengok kat IG Cik Ct pun, memang banyak dah Ct share pasal drama Circle ni... Hehe
*trying aegyo* - sounds to look cute but rasanya macam nak kena sepak lelaju hahahaha.
Okay, currently Cik Ct tengah agak 'gila' dengan beberapa drama Korea terbaru yang sedang ditayangkan di Korea Selatan. Tak kira yang ada tayang kat TV atau yang kita dapat tengok online sahaja. Semua Ct bedal yang mana kena pada citarasa Ct nak tengok. hehe. Kalau tengok kat IG Cik Ct pun, memang banyak dah Ct share pasal drama Circle ni... Hehe
Langgan:
Catatan (Atom)




Social Media Primary