❤ Assalamu'alaikum, Annyeong! ❤
Blogger Challenge pertama :
Introduction & Recent Photo | Pengenalan Diri & Gambar Terbaru
Pertama-tama sekali, Cik Roxa ingin menyatakan bahawa kata ganti nama diri 'aku' atau 'daku' yang digunakan dalam blog ini adalah mewakili diriku dalam mengikut keselesaan diri Cik Roxa untuk menulis entri melibatkan pandangan peribadi Cik Roxa.Harap tiada yang mengecam Cik Roxa kurang bahasa pula, lebih² lagi yang lebih umurnya daripadaku.
*Ni gaya penulisanku, hee. Tiada niat nak rude. Daku hormat semua, baik yang lebih berusia mahupun yang lebih muda.*
Okay kembali kepada topik...
Fuhhh, berdebar juga aku nak selesaikan cabaran yang ini. Hehe. disebabkan aku baru memutuskan sesuatu berkaitan penglibatan diri aku dalam blogging ni.
I will try to fulfill the challenge! Bukan selalu dapat macam ni kan...^^
Bismillahirrahmaanirrahim. Fuh. Haha okay.*segan*
Pengenalan diri aku...
Hai korang yang baru nak kenal. Nama aku di media sosial (nama pena) ialah Cik Roxa, berumur urmmm, lebih sikit dari pertengahan 20-an.
Aku blogging since 2014, masa masih belajar di Terengganu. Tetapi blog pertama aku padam dan buat semula pada 2015 menggunakan nama pena baru waktu itu - Ct Roxalynna NH @ Roxalynne.
Tetapi...
Aku ambil keputusan tukar nama pena kepada Cik Roxa tak silapnya dari awal tahun 2019 kerana... Nama pena lama buat orang susah nak eja yang betul, haha.
Bertepatan dengan logo Cik Roxa yang baru, ini adalah blog peribadi (personal blog) yang aku buka untuk menepati sebagai laman perkongsian #PassionAuthority Cik Roxa.
Pada masa tu, aku rasakan sudah tibanya aku mengubah gaya aku dengan menjadi 'seorang yang baru', yang lebih matang dan sopan daripada aku yang dulu. It's an opening of my new book hehe. So, buat yang baru kenal atau tau tu, ahaha, hai. Cik Ct dah bertukar jadi Cik Roxa tau kat sini. Hehe, nak panggil mana-mana pun boleh. Dua2 altered dari nama sebenar. (nama itu, biarlah siapa yang mengenali sahaja tahu... Di sini, aku selesa dengan namaku yang ini : Cik Roxa 😊 terima kaaih andai korang dapat memahami)
Pengenalan tentang kerja aku pulak? Haha, nothing much to talk about. It might get some people bored.
Daku seorang penulis merangkap penyunting sepenuh masa bermula April 2019, baik dalam penulisan manuskrip (novel mahupun cerpen) dan juga blog peribadi ini.
Aku masih bertatih dalam penulisan content blog, dan pengemasan blog-blog serta media sosialku. Selain itu, aku juga part-time home//private tutor bagi subjek Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris Sekolah Rendah & Menengah.
Kalau korang sudi nak follow updates (yang kebanyakannya 'membongak'), bolehlah follow Instagram dan Facebook : Cik Roxa
Kalau sudi ya, aku tak nak paksa. :)
Aku dah agak lama tak aktif blogging kerana slump. Heuheu. Tu blog2 agak tak terurus pada masa aku tulis tulis dan naikkan entri ni. Sekarang baru nak mula aktif semula.
Ini baru nak aktif semula minat aku dalam menulis dan share apa yang aku minat selain menulis.
Doakan daku supaya tak slump lagi ya :)
Baiklah, recent photo aku.. urmmmm.*gali Albums dulu haha*
.
.
.
Okay ini dia! ^^
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 |
Aci tak kalau bagi gambar logo je? Haha. |
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Oklah, ini gambar terbaru aku.
 |
tarikh kat details album fon : 02 Julai 2019 |
Gambarnya, nak kata fresh tu tak fresh juga lah. Tetapi ini gambar recent yang proper, ambil dalam bulan ni jugak. Masa ni tengah busy merempit ke sana ke mari uruskan bermacam hal kehidupan, itu yang berhelmet. hehe.
P/S : sorry entri ni terpanjang membebelnya. inilah seketul aku yang susah nak kawal panjang penulisan. Ada je yang nak dicelotehkan dan menyanyah jauh dari isi asal hehe ^^
Sekian, itu sahaja. Wassalam.