❤Menang Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed❤

Isnin, Julai 15, 2019

Assalamualaikum, Annyeong ! ^^

Alhamdulillah, I'm superbly excited! 



Segan sebenarnya daku nak menulis entri ni sebab, hehe... 😅 Tempoh masa aku menang ni dah tahu lama. Hadiah pun dah nak aku habiskan (membaca).

Serasa macam dah agak lama jugak seorang Cik Roxa tak join giveaway. Ini yang pertama untuk tahun 2019.

Baru sekarang daku sempat nak bercerita di entri blog. Sebelum ni daku ada up di Instagram sekali. Oleh sebab kita menang thru blog, dan di entri blog lebih puas nak menulis panjang-panjang serta sebagai pengabadian kenangan.


Kali ni aku benar-benar tak sangka, penyertaan pertama yang daku sertai kali ni, berjaya menang! Hehe, rasa bertuah sangat dapat menang, kali pertama untuk tahun ni.

Sebagai balas kunjungan sahabat blog, Kak Sha Mohamed (blogger Kasihku Amani), maka aku rasa apa salahnya join GiveAway yang dianjurkan Kak Sha di blog beliau.

Hadiahnya pulak menarik! Buku tulisan penulis idola kegemaran aku, Novelis Maria Kajiwa.

Aku rasa 'special' sangat sebab dapat hadiah dari kakak peminat buku dan hadiahnya ditulis oleh penulis yang boleh dijadikan idola ! *hugs in happiness*

Memang tersentuh sanubari masa baca tu, baca pula masih dalam mood raya lagi(masih dalam bulan Syawal), berbaur perasaan. hehe.

Terima kasih tak terhingga buat Kak Sha kerana menganjurkan giveaway ni dan beri peluang kepada daku untuk follow dan menang... Hinggalah dapat aku baca buku yang boleh menyentuh  hati bersempena Aidilfitri.❤

Hari tu aku dah baca separuh, ni ada separuh bahagian lagi belum habis... Harap dapatlah aku habiskan  dan beri reviu penuh nanti ❤

Sampai di sini entri daku kali ni. Moga berjumpa lagi di entri lain. Harap daku berkesempatan nak kongsi juga, hehe.


Catat Ulasan

❤❤❤