Kali ni aku nak share dengan korang apa yang aku tahu berkenaan Hotel Bangi Putrajaya yang sedikit sebanyak dah berjaya menarik perhatian daku untuk dikongsikan. Alang-alang untuk simpanan aku yang nak 'bekerja' di area Selangor / KL tak lama lagi kan. So, cerita sini, dapatlah buat rujukan bukan untuk aku seorang je, tapi harap untuk sesiapa yang membaca entri ni juga.
Dalam mengenali sesuatu atau seseorang, kita kenal nama dulu kan? Jadi untuk hotel pilihan kali ni, jom lah kita kenal-kenal dulu namanya.
Kalau dulu hotel ini dikenali sebagai Hotel Equatorial Bangi tapi kini ia telah bertukar nama kepada Hotel Bangi-Putrajaya (semasa entri ini disiapkan, nampaknya mereka bertukar lagi kepada Bangi Resort Hotel)
Kalau dulu hotel ini dikenali sebagai Hotel Equatorial Bangi tapi kini ia telah bertukar nama kepada Hotel Bangi-Putrajaya (semasa entri ini disiapkan, nampaknya mereka bertukar lagi kepada Bangi Resort Hotel)
Hehe, tak kisahlah dia nak bertukar nama berapa kali pun, yang penting basis service yang hotel tu sediakan dan excitement masa aku nak survey hotel tu... Fuh, best juga bila tengok bilik-bilik yang ada. Kalau boleh nak booking semua bilik yang paling besar! haha, tamak kan? Namun apakan daya, mampu berkongsi maklumat aje. He he, lagi pun trip aku ke sana nanti, tak ramai dan hanya untuk urusan .
Kalau berkenaan survey bilik hotel pada aku, aku mementingkan saiz bilik yang ada. Alang-alang dah ambil tahu, kita kongsi jugaklah dekat sini. The part yang buat aku teruja masa survey is... masa nak tengok pakej bilik. Dan Bangi Resort Hotel antara yang menarik mata ini.
Ada 4 jenis bilik di Bangi Resort Hotel, iaitu Deluxe Room, Premier Room, Premier Family dan juga Suite Room. Bilik-bilik mempunyai keistimewaan masing-masing dan aku boleh katakan ianya memang sangat-sangat selesa dengan harga yang sangat mampu milik dengan taraf 5 bintang. Korang kalau tak percaya, boleh terus book cheap Hotel Bangi Putrajaya Rooms sekarang.
Ada 4 jenis bilik di Bangi Resort Hotel, iaitu Deluxe Room, Premier Room, Premier Family dan juga Suite Room. Bilik-bilik mempunyai keistimewaan masing-masing dan aku boleh katakan ianya memang sangat-sangat selesa dengan harga yang sangat mampu milik dengan taraf 5 bintang. Korang kalau tak percaya, boleh terus book cheap Hotel Bangi Putrajaya Rooms sekarang.
Bila dilihat, perbezaan Deluxe Room adalah pada dekorasi biliknya dan saiz biliknya yang agak kecil sedikit berbanding Premier Room. Kalau di Premier Room, sofa bersantai adalah untuk 2 orang tetapi di Deluxe Room, sofa santainya adalah untuk seorang. Tak apalah, kalau berdua je, sorang duduk di sofa, sorang di katil. Walaubagaimanapun, bagi aku keadaan bilik ini agak memuaskan kalau datang dalam kumpulan kecil macam seorang dua sahaja.
Kenapa?
Kerana bilik-bilik Deluxe ni masih boleh memuatkan maksimum 3 orang, sebabnya katil mereka adalah jenis King which boleh nampak memang luas (amat!) di dalam suatu masa. Tak cukup dengan bilik untuk mereka yang travel solo (ehem, sebut : traveller yang masih solo yang tak kisah bukan nak gi honeymoon dengan pasangan, haha), aku ada tengok-tengok jugak bilik yang sesuai untuk bawa keluarga bersama. *boleh rujuk gambar di bawah
Bilik Premier Family ini pula, bagi aku sangat sesuai bagi mereka yang datang menginap untuk 4 orang kerana katil yang mereka sediakan walaupun dikatakan single, tetapi keluasannya memang boleh menampung 2 orang untuk 1 katil.
![]() |
| Deluxe Room |
Bilik Deluxe - sesuai bagi mereka yang ingin penginapan secara peribadi (perseorangan, like me usually hehe) dan sesuai bagi mereka yang ingin berbulan madu bersama pasangan. Bilik ini menyediakan ruangan katil yang sangat besar di mana katil yang disediakan adalah jenis super king, memang TERAMAT luas untuk beradu.
![]() |
Grand Deluxe Beds
|
![]() |
Grand Deluxe
|
Pendek kata korang akan rasa berbaloi sekiranya datang ramai-ramai dan memilih bilik ini untuk menginap. Banyak-banyak hotel, tak sah kalau korang as a customer akan tengok kemudahan di hotel yang nak menginap selain kemudahan katil sahaja kan?
Di hotel ini, setelah diselidiki, semuanya lengkap dengan 256 spacious and well furnished room with private balconies (except Premier Family Rooms) Lebih penting yang aku paling suka ---> Non-smoking floor and special facilities for physically-impaired available. *request basis and must for me! I hate smoke.
Ada sebelum ni aku agak terhimpit kekesalan juga sebab aku dapat penginapan yang tidak menyediakan fasiliti secara langsung dalam bilik seperti yang aku jangkakan (baca: iron / seterika) which kerana fasiliti macam iron/ironing board yang tak tersedia langsung dalam bilik. Kena call room service dulu, baru boleh claim...
Tetapi di sini, antara fasiliti yang disediakan adalah electronic key card system, in-room digital safe, air cond (wajibbbbb! sebab buat apa bayar bilik hotel kalau tak ada AC kan), digital alarm clock, complimentary coffee/tea making facility, TV, broadband/wifi, IDD telefon, Hair Dryer, Iron/Ironing Board and complimentary newspaper.
![]() |
| foto ihsan Bangi Resort Hotel |
![]() |
| foto ihsan Bangi Resort Hotel |
![]() |
| toiletries yang disediakan | foto ihsan Bangi Resort Hotel |
![]() |
| toilet yang cun! | foto ihsan Bangi Resort Hotel |
Lokasi Menarik di sekitar Hotel Bangi-Putrajaya
Lokasinya di Bangi-Putrajaya. Lokasi hotel ni pada aku sangatlah strategik kalau korang memang nak betul-betul senang akses ke Putrajaya/Cyberjaya dan sekitarnya. Nak ke Putrajaya : 20 minit, Cyberjaya : 25 minit, nak ke bandar KL pula : 35 minit, nak ke KLIA : 35 minit, nak ke KLIA2 : 35 minit, nak ke Sepang International Circuit : 35 minit dan ke Subang Jaya/Damansara/Bangsar pun 35 minit. (kiraan mengikut pengangkutan kereta)
Settle kerja, kita enjoy outdoor! Almaklumlah, dulu masa belajar tak dapat buat semua ni sangat sebab masih student, nak ke sana sini tight budget he he... Dah masuk zaman kerja beginilah baru dapat nak merasa sikit-sikit pengalaman 'enjoy' sebegini.
So aku ada list dulu tarikan setempat yang aku rasa aku patut kongsikan which akan remind aku untuk tak dilepaskan bila ke sana nanti.
- Bangi Wonderland
Bangi Resort Hotel juga berdekatan Bangi Wonderland yang terletak di Bangi Avenue, sebuah taman tema air yang padat dengan pelbagai tarikan. Mesti seronok untuk enjoy sekeluarga nikmati sampai tak ingat masa! Siapalah yang tak suka main air kan? Apatah lagi bila kawasan penuh dengan air tu siap lengkap dengan pelbagai jenis gelongsor dan kolam lagi, memang heaven!
Antara tarikan yang ditawarkan di sini adalah Body Slide, Kids Adventure, Magic Tunnel, Pirates Bay, Spiralax, The Fall dan banyak lagi!
![]() |
| Bangi Wonderland Theme Park |
- Tasik Cempaka
![]() |
| Taman Tasik Cendana, Bangi | Foto ihsan Google; Kredit pada gambar |
Dah kepenatan? Nakkan ketenangan pula lepas enjoy the adrenaline excitement? Rehatkan kepala masa kat sana? Don't worry hehe, korang jugak bolehlah tenangkan fikiran, chillax sambil menikmati pemandangan tasik berkeluasan 6 hektar yang terdapat di sini sambil melihat ikan yang berenang dengan bebas.
Haaa, sebelum aku terlupa, tak jauh daripada PKNS Bangi, ada terdapat sebuah taman awam yang dah menjadi tempat rekreasi ramai penduduk di sekitar Bandar Baru Bangi, namanya Tasik Cempaka. Sesuai lah untuk beriadah katanya di situ.
![]() |
| gambar ihsan Google |
Sebabnya, kat dalam taman yang berkeluasan 16.8 hektar ini, terdapat banyak ruang dan kemudahan untuk korang sekeluarga melakukan pelbagai aktiviti riadah macam berjogging, berbasikal, bermain layang-layang di tapak yang lapang, bermain bola sepak, atau mengeluarkan peluh di dalam gimnasium yang disediakan.
Lepas beraktiviti macam-macam, sure rasa lapar kan? Tak payah susah-susah, apatah lagi penat-penat nak cari makanan kat tempat lain, sebab di sekitar taman ini je dah tersedia bermacam restoran untuk korang cuba. Apa lagi yang ada kat sana boleh dinikmati?
Oh ya, aku tertarik dengan satu tarikan ni untuk anak-anak generasi sekarang (BBNU lah senang cerita)... Kut ada parents yang nak buka mata anak-anak korang tentang keunikan pelbagai budaya yang wujud di negara kita? Ianya sesuatu yang amat membanggakan andai kita dapat habiskan masa dengan mengenalkan lebih lagi budaya kita kepada generasi muda melalui aktiviti ni.
Aktiviti apa? Sambung bacaan kalau nak find out...
- Pusat Kebudayaan UKM
Pembelajaran dan pengetahuan mengenai budaya dan sejarah adalah warisan turun-temurun... So...
Apa kata sekiranya korang cuba menjejakkan kaki beramai-ramai di Pusat Kebudayaan UKM sebagai salah satu destinasi untuk dituju semasa berada di Bangi. Tak rugi kalau nak masukkan lokasi ni dalam wishlist korang masa explore Bangi as this journey might gain our knowledge in our multicultural lifestyle.
Sebabnya, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak yang dapat memuatkan lebih daripada 600 orang pada satu-satu masa ini, sering diadakan persembahan seni atau aktiviti kebudayaan yang melibatkan muzik tradisional negara, tarian tradisional dan sebagainya. Menarik, bukan? Dapat tengok persembahan warisan.
![]() |
| DECTAR, UKM - Di sini sering diadakan pelbagai aktiviti kebudayaan pada masa-masanya | Foto ihsan UKM |
Oklah, rasanya ini post aku yang panjang sangat. Tak dapat share tentang keunikan satu-satu tempat dalam satu entri. Aku hanya rasakan aku nak kongsikan entri ini kali ni sebagai langkah menyahut tahun melawat Malaysia tak lama lagi. Kalau kita tak semarakkan, siapa lagi? Our country is our image
Sampai sini je coretan celoteh aku. Nak pack barang, tak sabar nak bercuti... (ehhh, kerja la) Korang bolehlah find out pasal other cheap hotels in Putrajaya. Jangan datang tanpa preparation pula nak menginap di mana bila dah eksaited nak berjalan-jalan. Hehe.
Haha , okbai. Assalamualaikum. Jumpa lagi di lain entri~


















Menarik betul kedudukan hotel ini..
BalasPadamYa kak sha :)
Padammenarik sesuai untuk bercuti dan berehat atau jalan2 :)
cantik hotel ni:)
BalasPadamKann. Cantik sangat
Padam