Hai 2022, Babai 2021

Sabtu, Julai 11, 2026

Assalamualaikum dan Annyeong!

Menjejaki tahun 2022, tak banyak aku nak wish.

Menulis entri ini, lebih kepada catatan buat diri sendiri yang semakin kuat pelupanya ini (more to personal notes gitulah kut😅 hehe).

Tahun 2021, terlalu banyak impian aku yang menggunung, tetapi lebih kepada yang 'terkubur' lah kut?

Dan, aku rasakan bukan aku seorang sahaja yang menghadapi kesukaran atau saat-saat getir dalam hidup di mana apabila kita menghadapinya tu, kita perlukan kekuatan dan sokongan yang bukan sedikit untuk overcome emotionally and physically too.

Ramai lagi yang menghadapi kesukaran dan perlukan ketabahan yang bukan sedikit saat ini.

Ujian dunia, tak berhenti. Namun, maaf tidak aku catatkan di entri ini, kerana ia... Melelahkan aku. Aku inginkan ketenangan seketika.

Sorry jugak sekali lagilah ya, bahasa aku memang rojak. Kebiasaan aku bila menulis begini, lebih kepada aku membebelkan diri sendiri.

Hai 2022, Babai 2021.




Catat Ulasan

❤❤❤