Pages

  • Home
  • DISCLAIMER
  • CONTACT

Social Media Primary

Cik Roxa

Halaman Passion Authority

  • PASSION
  • _BOOKU
  • __Novel
  • __Cerpen
  • __Komik
  • __Akademik
  • __E-book
  • __Tips Membaca
  • _DRAMA
  • __KOREA
  • __CHINA
  • __LAKORN
  • __TELLY
  • __ENGLISH
  • __MALAYSIA
  • _MOVIES
  • __Melayu
  • __Korea
  • __Bollywood (Hindi)
  • __Thai
  • __China
  • __English
  • _Lagu
  • __Lagu Melayu
  • __Lagu English
  • __Lagu Korea
  • __Lirik Lagu Viral
  • __Lain-lain
  • _Blog
  • __Bloglist
  • __Segmen & GiveAway
  • __Tutorial
  • _Buat Duit
  • _Jalan-Jalan
  • _Makan-Makan
  • _Unboxing
  • _Tazkirah
  • AUTHORITY
  • _DUNIA Karya Kreatif
  • _Personal

❤Menang Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed❤

Isnin, Julai 15, 2019

Assalamualaikum, Annyeong ! ^^

Alhamdulillah, I'm superbly excited! 



Segan sebenarnya daku nak menulis entri ni sebab, hehe... 😅 Tempoh masa aku menang ni dah tahu lama. Hadiah pun dah nak aku habiskan (membaca).

Serasa macam dah agak lama jugak seorang Cik Roxa tak join giveaway. Ini yang pertama untuk tahun 2019.

Baru sekarang daku sempat nak bercerita di entri blog. Sebelum ni daku ada up di Instagram sekali. Oleh sebab kita menang thru blog, dan di entri blog lebih puas nak menulis panjang-panjang serta sebagai pengabadian kenangan.


Kali ni aku benar-benar tak sangka, penyertaan pertama yang daku sertai kali ni, berjaya menang! Hehe, rasa bertuah sangat dapat menang, kali pertama untuk tahun ni.

Sebagai balas kunjungan sahabat blog, Kak Sha Mohamed (blogger Kasihku Amani), maka aku rasa apa salahnya join GiveAway yang dianjurkan Kak Sha di blog beliau.

Hadiahnya pulak menarik! Buku tulisan penulis idola kegemaran aku, Novelis Maria Kajiwa.

Aku rasa 'special' sangat sebab dapat hadiah dari kakak peminat buku dan hadiahnya ditulis oleh penulis yang boleh dijadikan idola ! *hugs in happiness*


View this post on Instagram

Terima kasih sis @kasih_shadz untuk ini ❤ . Hadiah bermakna bersempena Ramadhan / Syawal kali ini. . Tak sangka dapat kad raya dan bookmark sekali. Hehe. Cun betul kedua-duanya❤ . Terasa berdesup ke dalam hati dengan hadiah ini ❤ penulisan penuh mesej dan pengajaran didapati bertepatan dengan mood hari raya puasa . . Errr... Serba salah juga, hadiah dah sampai since Ramadhan 😅 baru sempat post sekarang hehe 🙏 maaf ye Sis Sha . . Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin ❤ . . . . . #bloggerstuff #hadiahgiveaway #giveawaywinner #GiveawayRamadhanSyawal2019 #byBlogger #KasihkuAmani . #TunjukkanAkuArahKiblat #kumpulancerpen #NovelisMariaKajiwa
A post shared by Cik Roxa (@cik.roxa) on Jun 17, 2019 at 3:31am PDT

Memang tersentuh sanubari masa baca tu, baca pula masih dalam mood raya lagi(masih dalam bulan Syawal), berbaur perasaan. hehe.

Terima kasih tak terhingga buat Kak Sha kerana menganjurkan giveaway ni dan beri peluang kepada daku untuk follow dan menang... Hinggalah dapat aku baca buku yang boleh menyentuh  hati bersempena Aidilfitri.❤

Hari tu aku dah baca separuh, ni ada separuh bahagian lagi belum habis... Harap dapatlah aku habiskan  dan beri reviu penuh nanti ❤

Sampai di sini entri daku kali ni. Moga berjumpa lagi di entri lain. Harap daku berkesempatan nak kongsi juga, hehe.


read article

TRAVEL | Menginap di Hotel Bangi-Putrajaya

Ahad, April 28, 2019


Assalamu'alaikum, Annyeong everyone! Long time no see^^

Kali ni aku nak share dengan korang apa yang aku tahu berkenaan Hotel Bangi Putrajaya yang sedikit sebanyak dah berjaya menarik perhatian daku untuk dikongsikan. Alang-alang untuk simpanan aku yang nak 'bekerja' di area Selangor / KL tak lama lagi kan. So, cerita sini, dapatlah buat rujukan bukan untuk aku seorang je, tapi harap untuk sesiapa yang membaca entri ni juga.

Dalam mengenali sesuatu atau seseorang, kita kenal nama dulu kan? Jadi untuk hotel pilihan kali ni, jom lah kita kenal-kenal dulu namanya.

Kalau dulu hotel ini dikenali sebagai Hotel Equatorial Bangi tapi kini ia telah bertukar nama kepada Hotel Bangi-Putrajaya (semasa entri ini disiapkan, nampaknya mereka bertukar lagi kepada Bangi Resort Hotel)

Hehe, tak kisahlah dia nak bertukar nama berapa kali pun, yang penting basis service yang hotel tu sediakan dan excitement masa aku nak survey hotel tu... Fuh, best juga bila tengok bilik-bilik yang ada. Kalau boleh nak booking semua bilik yang paling besar! haha, tamak kan? Namun apakan daya, mampu berkongsi maklumat aje. He he, lagi pun trip aku ke sana nanti, tak ramai dan hanya untuk urusan .

Kalau berkenaan survey bilik hotel pada aku, aku mementingkan saiz bilik yang ada. Alang-alang dah ambil tahu, kita kongsi jugaklah dekat sini. The part yang buat aku teruja masa survey is... masa nak tengok pakej bilik. Dan Bangi Resort Hotel antara yang menarik mata ini.

Ada 4 jenis bilik di Bangi Resort Hotel, iaitu Deluxe Room, Premier Room, Premier Family dan juga Suite Room. Bilik-bilik mempunyai keistimewaan masing-masing dan aku boleh katakan ianya memang sangat-sangat selesa dengan harga yang sangat mampu milik dengan taraf 5 bintang. Korang kalau tak percaya, boleh terus book cheap Hotel Bangi Putrajaya Rooms sekarang.

Bila dilihat, perbezaan Deluxe Room adalah pada dekorasi biliknya dan saiz biliknya yang agak kecil sedikit berbanding Premier Room. Kalau di Premier Room, sofa bersantai adalah untuk 2 orang tetapi di Deluxe Room, sofa santainya adalah untuk seorang. Tak apalah, kalau berdua je, sorang duduk di sofa, sorang di katil. Walaubagaimanapun, bagi aku keadaan bilik ini agak memuaskan kalau datang dalam kumpulan kecil macam seorang dua sahaja.

Kenapa?

Kerana bilik-bilik Deluxe ni masih boleh memuatkan maksimum 3 orang, sebabnya katil mereka adalah jenis King which boleh nampak memang luas (amat!) di dalam suatu masa. Tak cukup dengan bilik untuk mereka yang travel solo (ehem, sebut : traveller yang masih solo yang tak kisah bukan nak gi honeymoon dengan pasangan, haha), aku ada tengok-tengok jugak bilik yang sesuai untuk bawa keluarga bersama. *boleh rujuk gambar di bawah



Bilik Premier Family ini pula, bagi aku sangat sesuai bagi mereka yang datang menginap untuk 4 orang kerana katil yang mereka sediakan walaupun dikatakan single, tetapi keluasannya memang boleh menampung 2 orang untuk 1 katil.



Deluxe Room
Bilik Deluxe - sesuai bagi mereka yang ingin penginapan secara peribadi (perseorangan, like me usually hehe) dan sesuai bagi mereka yang ingin berbulan madu bersama pasangan.  Bilik ini menyediakan ruangan katil yang sangat besar di mana katil yang disediakan adalah jenis super king, memang TERAMAT luas untuk beradu.




Grand Deluxe Beds

Grand Deluxe

Pendek kata korang akan rasa berbaloi sekiranya datang ramai-ramai dan memilih bilik ini untuk menginap. Banyak-banyak hotel, tak sah kalau korang as a customer akan tengok kemudahan di hotel yang nak menginap selain kemudahan katil sahaja kan?



Di hotel ini, setelah diselidiki, semuanya lengkap dengan 256 spacious and well furnished room with private balconies (except Premier Family Rooms) Lebih penting yang aku paling suka ---> Non-smoking floor and special facilities for physically-impaired available. *request basis and must for me! I hate smoke.

Ada sebelum ni aku agak terhimpit kekesalan juga sebab aku dapat penginapan yang tidak menyediakan fasiliti secara langsung dalam bilik seperti yang aku jangkakan (baca: iron / seterika) which kerana fasiliti macam iron/ironing board yang tak tersedia langsung dalam bilik. Kena call room service dulu, baru boleh claim...


Tetapi di sini, antara fasiliti yang disediakan adalah electronic key card system, in-room digital safe, air cond (wajibbbbb! sebab buat apa bayar bilik hotel kalau tak ada AC kan), digital alarm clock, complimentary coffee/tea making facility, TV, broadband/wifi, IDD telefon, Hair Dryer, Iron/Ironing Board and complimentary newspaper. 






foto ihsan Bangi Resort Hotel

foto ihsan Bangi Resort Hotel

toiletries yang disediakan | foto ihsan Bangi Resort Hotel

toilet yang cun! | foto ihsan Bangi Resort Hotel

Iron board & peti besi pun tersedia! Ni yang best | foto ihsan Bangi Resort Hotel

Lokasi Menarik di sekitar Hotel Bangi-Putrajaya


Lokasinya di Bangi-Putrajaya. Lokasi hotel ni pada aku sangatlah strategik kalau korang memang nak betul-betul senang akses ke Putrajaya/Cyberjaya dan sekitarnya. Nak ke Putrajaya : 20 minit, Cyberjaya : 25 minit, nak ke bandar KL pula : 35 minit, nak ke KLIA : 35 minit, nak ke KLIA2 : 35 minit, nak ke Sepang International Circuit : 35 minit dan ke Subang Jaya/Damansara/Bangsar pun 35 minit. (kiraan mengikut pengangkutan kereta)

Settle kerja, kita enjoy outdoor! Almaklumlah, dulu masa belajar tak dapat buat semua ni sangat sebab masih student, nak ke sana sini tight budget he he... Dah masuk zaman kerja beginilah baru dapat nak merasa sikit-sikit pengalaman 'enjoy' sebegini.


So aku ada list dulu tarikan setempat yang aku rasa aku patut kongsikan which akan remind aku untuk tak dilepaskan bila ke sana nanti.

- Bangi Wonderland






Bangi Resort Hotel juga berdekatan Bangi Wonderland yang terletak di Bangi Avenue, sebuah  taman tema air yang padat dengan pelbagai tarikan. Mesti seronok untuk enjoy sekeluarga nikmati sampai tak ingat masa! Siapalah yang tak suka main air kan? Apatah lagi bila kawasan penuh dengan air tu siap lengkap dengan pelbagai jenis gelongsor dan kolam lagi, memang heaven!

Antara tarikan yang ditawarkan di sini adalah Body Slide, Kids Adventure, Magic Tunnel, Pirates Bay, Spiralax, The Fall dan banyak lagi!



Bangi Wonderland Theme Park


- Tasik Cempaka

Taman Tasik Cendana, Bangi | Foto ihsan Google; Kredit pada gambar



Dah kepenatan? Nakkan ketenangan pula lepas enjoy the adrenaline excitement? Rehatkan kepala masa kat sana? Don't worry hehe, korang jugak bolehlah tenangkan fikiran, chillax sambil menikmati pemandangan tasik berkeluasan 6 hektar yang terdapat di sini sambil melihat ikan yang berenang dengan bebas.

Haaa, sebelum aku terlupa, tak jauh daripada PKNS Bangi, ada terdapat sebuah taman awam yang dah menjadi tempat rekreasi ramai penduduk di sekitar Bandar Baru Bangi, namanya Tasik Cempaka. Sesuai lah untuk beriadah katanya di situ.

gambar ihsan Google


Sebabnya, kat dalam taman yang berkeluasan 16.8 hektar ini, terdapat banyak ruang dan kemudahan untuk korang sekeluarga melakukan pelbagai aktiviti riadah macam berjogging, berbasikal, bermain layang-layang di tapak yang lapang, bermain bola sepak, atau mengeluarkan peluh di dalam gimnasium yang disediakan.

Lepas beraktiviti macam-macam, sure rasa lapar kan? Tak payah susah-susah, apatah lagi penat-penat nak cari makanan kat tempat lain, sebab di sekitar taman ini je dah tersedia bermacam restoran untuk korang cuba. Apa lagi yang ada kat sana boleh dinikmati?

Oh ya, aku tertarik dengan satu tarikan ni untuk anak-anak generasi sekarang (BBNU lah senang cerita)... Kut ada parents yang nak buka mata anak-anak korang tentang keunikan pelbagai budaya yang wujud di negara kita? Ianya sesuatu yang amat membanggakan andai kita dapat habiskan masa dengan mengenalkan lebih lagi budaya kita kepada generasi muda melalui aktiviti ni.



Aktiviti apa? Sambung bacaan kalau nak find out...

- Pusat Kebudayaan UKM

Pembelajaran dan pengetahuan mengenai budaya dan sejarah adalah warisan turun-temurun... So...



Apa kata sekiranya korang cuba menjejakkan kaki beramai-ramai di Pusat Kebudayaan UKM sebagai salah satu destinasi untuk dituju semasa berada di Bangi. Tak rugi kalau nak masukkan lokasi ni dalam wishlist korang masa explore Bangi as this journey might gain our knowledge in our multicultural lifestyle.

Sebabnya, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak yang dapat memuatkan lebih daripada 600 orang pada satu-satu masa ini, sering diadakan persembahan seni atau aktiviti kebudayaan yang melibatkan muzik tradisional negara, tarian tradisional dan sebagainya. Menarik, bukan? Dapat tengok persembahan warisan.

DECTAR, UKM - Di sini sering diadakan pelbagai aktiviti kebudayaan pada masa-masanya | Foto ihsan UKM


Oklah, rasanya ini post aku yang panjang sangat. Tak dapat share tentang keunikan satu-satu tempat dalam satu entri. Aku hanya rasakan aku nak kongsikan entri ini kali ni sebagai langkah menyahut tahun melawat Malaysia tak lama lagi. Kalau kita tak semarakkan, siapa lagi? Our country is our image



Sampai sini je coretan celoteh aku. Nak pack barang, tak sabar nak bercuti... (ehhh, kerja la) Korang bolehlah find out pasal other cheap hotels in Putrajaya. Jangan datang tanpa preparation pula nak menginap di mana bila dah eksaited nak berjalan-jalan. Hehe.



Haha , okbai. Assalamualaikum. Jumpa lagi di lain entri~

read article

K-Drama | My Only Love Song (2017) ; Gandingan Lee Jong Hyun CNBLUE dan Gong Seung Yeon

Sabtu, September 16, 2017



Assalamualaikum,  안녕하세요! :)


Hai semua ! Rasanya dah agak lama Ct tak share apa-apa tentang K-drama lately kan?
Haaa, ini ada drama terbaru tahun 2017 daripada rangkaian televisyen online, Netflix!

Akhirnya, daripada rancangan realiti berkisarkan virtual married couple tu, mereka berdua, Lee Jong-hyun dan Gong Seung-yeon disatukan pula sebagai teraju utama dalam My Only Love Song (MOLS).





02 Couple (Sebutan : Gong-Lee Couple)

 

K-Drama | My Only Love Song (2017)


Drama ni dah pun  ditayangkan pada awal Jun 2017 yang lepas, tapi Ct baru berkesempatan nak share di blog sekarang. 

Jom cikidout! Check it out hehehe~


SINOPSIS :

Song Soo-Jung (Gong Seung-Yeon) is a top star and she is very arrogant. She classifies people by how much money they have. Suddenly, she goes back in time to the Goryeo era and meets On Dal (Lee Jong-Hyun). He will do anything to make money, but in fact he is generous to the weak and poor. (Sumber : AsianWiki)

Episodes : 20 (around 30 mins each episode)

Cast

  • Lee Jong-Hyun - On Dal, 24 y/o, seems to be a fraud man but he's a hidden royal-blood (Real general-line)
  • Gong Seung-Yeon - Song Soo-Jung, 26 y/o Korean top actress
  • Lee Jae-Jin - Byun Sam-Yong (Song Soo-Jung's manager), 21 y/o
  • Kim Yeon-Seo - Princess Pyunggang
  • Ahn Bo-Hyun - Moo-Myung (Princess's bodyguard)
  • Park Joo-Hyung - Go Il-Yong, narcissist 'flower-boy-alike' general
  • Lee Cheol-Min - movie director (present) / magistrate (Goryeo era)
  • Lee Yong-Jik - King Pyungwon (past) / Soo-Jung's CEO (present)
  • Kim Jung-Pal - government official
  • Kim Chae-Eun - Mi-Jin (present; Soo-Jung's rival) / Hwa-Hong (past ; a gisaeng)
  • Choi Jong-Hoon - Bong Soo-Hyuk (cameo ; Soo-Jung's chaebol boyfriend)
(Sumber : AsianWiki)




ULASAN Cik Ct :


- AMARAN Spoiler Alert! -




My Only Love Song (MOLS), drama berjumlah 20 episod ini dimulakan dengan pengenalan kepada watak Song Soo-Jeong, seorang pelakon wanita top di Korea Selatan yang berasal daripada Busan. Tapi sayangnya dia ni angkuh dan sombong sangat sangat. Yalah, sebab dah pegang title 'top star' kan. Dia memandang orang berdasarkan pangkat dan kekayaan. Mulutnya boleh tahan laser dengan 'yok' (sumpah seranah). Haha, yang ni siapa tengok, boleh tahu lah sikit2 curse words in Korean. (tipu je.. part curse tu censored! Heee) 

Yalah, dia kan top star. Semua orang kena turut cakap dia...

Awal cerita, Soo-jung ni tengah berlakon di set penggambaran Sageuk drama (drama bertema klasik / sejarah) pada zaman Dinasti Goryeo. Dalam tu, SSJ berlakon sebagai Puteri Pyeong-gang, puteri yang menentang arahan ayahandanya untuk mengahwini Jeneral Go, sebab dia nak kahwin dengan On-dal, pemuda biasa yang selalu ayahandanya ceritakan sangat hebat sejak dia masih kecil.

Then...


Babak awal ni dikejutkan dengan plot twist, skrip drama tu diubah, tiba-tiba je Puteri Pyunggang ada rival, iaitu adik tiri yang akan berebutkan On-dal dalam drama tu. Tak disangka-sangka, Mi-jin, pelakon perempuan yang jadi rival dia dalam drama tu adalah pesaing dan perampas kekasih Song Soo-jung, Bong Soo-hyuk (Choi Jong-hoon FT ISLAND) dalam dunia nyata.

Babak antara Song Soo-jung & Mi-jin



Kecewa dengan kejutan tu, Soo-Jung pun sempat 'flying kick' her rival tu..hahaha, ya dia memang agak brutal, tapi masih boleh ditonton bagi remaja 15 tahun ke bawah dengan bimbingan orang dewasa kerana adegan itu adalah dalam bentuk humor. 

Song Soo-jung gegas beredar dari set penggambaran tu tepat bila media nak dapatkan berita tentang kekasih dia, Bong Soo-hyuk si chaebol yang dah bertunang dan bakal berkahwin dengan 'rival' dia si Mi-jin.. 

--- Tapi yang buat aku terkejut bukannya kejutan dengan munculnya watak rival ni, dekat sini, paparan lakonan dan peralihan jalan cerita ada yang agak 'cringe' sebab janggal untuk aku... namun dengan perwatakan SSJ yang dibawakan GSY dalam tu cukup menjadi. She nailed the character very well! 

fiuuuu, hilang terus imej2 ayu dan lemah lembut, imej yang dibawa GSY selama ni lebih-lebih lagi dari imej yang dia pernah tampilkan dalam WGM.. Tang ni aku salute kat GSY berani mengubah perspektif aku tentang dia. Imej perempuan 'ganas' a.k.a 'brutal' dan 'degil' tu menjadi ! ^^

Okay balik kepada plot drama MOLS.

Masa nak lari dari wartawan tu, Soo-jung nak tak nak, terpaksa naik satu van yang sangat comel, namanya Boong-Boong... Nama van tu pun comel ahaha. Kwiyowo. 

Sebab manager dia si Sam-yong dah kunci van company diorang, terpaksalah Soo-jung lari dari situasi kelam-kabut itu dengan drive sang comel Boong-Boong. Dengan hanya follow GPS BoongBoong tu... Drive dan drive sampai ke malam.. Dia pun dah menguap, mengantuk. Masa ni tiba-tiba je dia masuk satu jalan terpencil and jalan tu dipenuhi kabus...

Masa ni lah ada  time travel berlaku, Soo-jeong kembali ke zaman Goryeo tepat ke zaman On-Dal yang sebenar-benarnya. *, time slip! - term yang SSJ gunakan dalam cerita ni*

Beberapa insiden pelik tapi melucukan berlaku selepas itu. 

Time slip to Goryeo era, 6th year of King Pyungwon's reign.

Kerana satu kemalangan, Song Soo-Jung dipenjarakan. Dalam penjara zaman Joseon inilah dia jumpa On-Dal, yang kemudiannya dia gelar On-Dal Babo ( The Fool On-Dal)...

On-Dal Babo

On-Dal, pemuda yang awalnya sering dilihat sebagai seorang yang sanggup buat apa sahaja demi  dapatkan duit/ barangan berharga. First impression On-dal ni kat mata SSJ (and aku jugak as penonton) yang OD ni 'kesian' sebab dia gilakan duit tapi masih hidup susah hahaa. Pantang nampak barang2 yang bersinar sikit, mesti mata dia keluar nilai2 duit yang boleh dapat dari barang2an tu... Hahaha, lagi2 masa dia 'tergoda' tengok barang2 yang Soo-jung pakai dan bila naik Boong2 tu... LJH oppa betul2 menjadi lah lawak dia dalam membawa watak On-Dal ni... Sengal-sengal alang gitu, heee.

On-dal ni nampak je macam pentingkan diri sendiri dan gila duit, tapi ada sebabnya dia jadi begitu... Hehe, tak bolehlah cerita spoil habis kan. Apa yang boleh dikatakan, watak On-dal ni sebenarnya sangat baik & murah hati, lebih-lebih lagi dalam membantu orang susah. Dekat sini, memang terpaut jugalah dengan watak On-dal. 

On Dal versi awal drama, dikira macam Robinhood versi Goryeo.

Akhirnya ditampilkan sisi lakonan baru juga daripada LJH oppa! Dapatlah tengok dia berambut panjang sekali lagi, tapi in Goryeo style~ (instead of the last time in Orange Marmalade, he was in Joseon style)

Image result for my only love song
'Dal' bermaksud 'Bulan'. Sebab itu ada simbol bulan di pedang On-Dal


Bukan lagi On-Dal babo, tapi On-Dal Jang-geun




Image result for my only love song
Para pelakon utama My Only Love Song. Comel yang jadi Pyeong-gang Gongju-nim ni~~ ^_^


Back to the story...

Pelbagai insiden mereka hadapi bersama, termasuk dengan Sam-yong (manager SSJ), Puteri Pyung-gang yang sebenar pada zaman Goryeo tu, dan juga dengan Moo-myung, pakar pedang terhandal; merangkap bodyguard Tuan Puteri Pyung-gang yang sebenar.

Hingga akhirnya Song Soo-jung jatuh hati kat On-Dal dan mereka sama-sama dengan Sam-yong menyelamatkan Puteri Pyung-gang daripada terjerat dalam perkahwinan dengan General Go Il-yong. 

General Go Il-yong yang boleh tahan narcist

Go Il-yong Jang-geun : villain yang kelakar




Dapat dikonklusikan yang My Only Love Song ni merujuk kepada 'SONG Soo-jung' yang merupakan cinta sejati kepada On-Dal. Awal-awal, kuingatkan cerita ni nak ceritakan berunsur lagu cinta, merujuk kepada perkataan 'Love Song' kat tajuk tu.. 

Rupa-rupanya, Song tu ialah Song Soo-jung...

Puteri Pyung-gang pun bertemu cinta sejati dia dengan pertolongan On-dal dan Sam-yong. Dekat sini, memang nampak sangatlah banyak bahagian yang ada 'altered' dari sejarah sebenar, tetapi itulah yang menjadi perencah cukup rasa buat drama ni. :)

Rumusan terakhir, cerita ni kelakar dan santai. Banyak sangat adegan yang macam ehh ehh kelakar ada, sengal ada, sedih pun ada.

Ada beberapa babak macam tak logik dengan zaman sageuk, tapi dah namanya cerita fiksyen rom-com kan, sooo boleh lah haha. Memang banyak 'sejarah tepi rekaan' dan  adegan-adegan mencuit hati lagi menggeletek limfa haha. 

Untuk tontonan santai-santai nak genre ringan, Ct syorkan tengok cerita ni. Sesuai untuk penonton yang nak tonton drama yang tak berat, 'light' sahaja aliran genre yang dihidangkan di dalam drama ini.

Tetapi...

Adalah diingatkan, andai ada anak remaja bawah 15 tahun nak tengok, digalakkan untuk mendapatkan bimbingan ibu bapa ataupun orang dewasa ya. Dah namanya drama Korea, pasti ada babak-babak 'st**** itu' sedikit walaupun penuh gila-gilanya.



Pengakhiran drama ni, memuaskan hati. Plothole dapat ditutup dengan kemas dan masing-masing ada ending yang terbaik untuk watak diorang. Heehee.


Oklah, sekian itu sahaja ulasan drama Korea Ct kali ini. Maaf kalau banyak meleweh dan meleret ya. Saya baru belajar menulis review drama hehe. Cuba untuk santai, tapi entahlah...

Sorry ye kalau ulasan Ct agak membosankan atau memeningkan. Heee







OST (Official Sound Track) | My Only Love Song


Lagu pembukaan.



Lee Ki-Chan | Only One
Ost. Opening My Only Love Song



Tapi lagu2 OST nya ada satu yang best yang bolehlah buat Daku 'fefeeling' sesikit percintaan yang ada dalam drama ni.. Nyanyian Yuna AOA. 
Nampaknya kuat pengaruh FNC Entertainment dalam produksi drama ni. Ramai artis-artis FNC Ent. terlibat dalam produksi drama ni.


"Another You" by Yuna of AOA

Last but not the least....


SF9 Jaeyoon (재윤) | Thank You, My Love (고마운 내 사랑)

Hahahaha dengan dengar lagu ni so goodbye baii baii nae sarang (lirik dia hahahaha)~~~

Okay tu ajelah yang dapat Ct sharekan setakat ni... OST yang lain2 mungkin korang boleh buat carian di Youtube ~^^

Next, Ct mungkin nak terjah drama terbaru lakonan LJH oppa,  란제리 소녀시대 (Girls' Generation 1979) pulak!

Mungkin dah tayang kat KBS World ke belum ek drama ni?

-- Dah tengok gambar poster  dari Instagram Lee Jong-Hyun ! (@cnbluegt) --

Girls' Generation 1979 poster.jpg

Apa2pun enjoice~~~ Annyeong ! ^^
read article
new entries old entries
Langgan: Catatan (Atom)

TOTAL PAGEVIEWS

Teman Blog

SEARCH

chat here

Archive

  • ▼  2026 (6)
    • ▼  Julai (6)
      • Review | ZIMAM : TRAGEDI TRANSISI
      • Terima Kasih, Alien Oren!
      • K-DRAMA | Hospital Playlist Season 1
      • Book Review | Sufi Indera (Fathi Fatim)
      • At My Worst - Pink Sweats
      • Hai 2022, Babai 2021
  • ►  2019 (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2017 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  Jun (1)
© Cik Roxa.
Made by SoulMuse.